top of page

​

​

PIAGAM PELANGGAN

​

Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

​

  1. Memastikan semua kanak-kanak berusia enam tahun ke atas mendapat peluang belajar pada hari pertama persekolahan.

  2. Membantu sekolah mengembangkan potensi individu pelajar secara bersepadu dan menyeluruh.

  3. Menguruskan dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel.

  4. Menyediakan tenaga guru yang mahir, prihatin dan berwawasan.

  5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.

  6. Memastikan tuntutan daripada guru dan bukan guru diproses dalam masa 14 hari dari tarikh tuntutan diterima.

  7. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan memberikan layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima minit.

  8. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

  9. Memastikan semua sekolah dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah.

  10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi peningkatan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dalam semua aspek.

bottom of page